PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

TAWAU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau tampil dengan inisiatif prihatin menerusi penganjuran Program Belia Ride and Care menerusi pemberian bantuan minyak hitam bagi meringankan beban kos penyelenggaraan motosikal dalam kalangan belia.

Ketua Cabang, Fung Thin Yein berkata, program berkenaan dijadual berlangsung pada 23 Ogos ini, bermula pukul 9.30 pagi hingga 4 petang di Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10.

“Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Tawau, berumur 18 hingga 35 tahun serta memiliki atau menggunakan motosikal yang sah.

“Permohonan perlu dikemukakan sebelum 18 Ogos, namun penghantaran borang tidak menjamin kelulusan dan hanya pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Menurut Fung, program itu memberi fokus kepada kepentingan penyelenggaraan berkala demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya khususnya bagi motosikal berkapasiti enjin 150cc dan ke bawah.

Katanya, program yang terhad kepada 500 penunggang motosikal itu juga turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan asas motosikal secara percuma kepada peserta.

“Inisiatif itu diharap mampu memberi kelegaan kepada ‘rider’ belia di Tawau selain meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan penjagaan motosikal.

“Sebarang pertanyaan mengenai permohonan boleh diajukan kepada urus setia melalui talian 017-266 7399 atau 018-389 4700,” ujarnya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali