Warga emas, dua cucu maut dalam kebakaran

PUTRAJAYA – Seorang warga emas dan dua cucunya maut akibat terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Lazenda Villa 2 Kerupang di Labuan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Morris Chong Hoon Cheung, 65, ditemui rentung di bahagian dapur, manakala dua lagi mangsa iaitu Shahwin Kind Chong Shahmioon, 11, dan adik perempuannya, Shayviann Kyrona Ruby, 8, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.27 tengah malam.

Katanya, dua pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan BBP Layangan dihantar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer.

“Menurut maklumat terdapat sembilan mangsa terlibat di mana tiga daripadanya berjaya keluar sendiri melalui tingkap menuju ke bumbung rumah berhampiran manakala seorang bayi berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Terdapat lima lagi mangsa terperangkap dalam rumah tersebut melibatkan empat kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.

“Dalam kejadian itu, empat kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri telah berjaya dikeluarkan oleh anggota kita,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, empat kanak-kanak yang dikeluarkan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan awal di lokasi kejadian.

“Tiga kanak-kanak diberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Dua kanak-kanak yang cedera masing-masing berusia 13 dan 12 tahun kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak bomba kemudian menemui seorang mangsa rentung di bahagian dapur dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Related Posts

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

KUANTAN – Seramai 370 pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dari Sekolah Menengah Sungai Isap Murni (SeMURNI), dekat sini, bakal menyertai STEM Camp MOSTI 2026 yang dijadual berlangsung pada 21 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Oleh: Haziq Azhar, Haziq Musa & Hafiq Hassan KUCHING – Sambutan Bulan Kebangsaan seharusnya dinilai lebih daripada sekadar amalan mengibarkan Jalur Gemilang mahupun bendera negeri, sebaliknya ia perlu diterjemahkan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar