Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Aris Remigius berkata, keadaan itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah turut mengancam keselamatan penduduk.

“Sejak kebelakangan ini beberapa insiden serangan anjing liar dilaporkan berlaku melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.

“Malah, kita tidak boleh melupakan kejadian tragis yang pernah meragut nyawa seorang pelajar sekolah di Semporna akibat serangan anjing liar,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Justeru katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan perlu mengambil tindakan lebih proaktif dan berkesan bagi menangani isu berkenaan.

“Keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan agar kejadian tidak diingini tidak berulang pada masa hadapan.

“Kerjasama semua pihak termasuk masyarakat amat penting dalam memastikan persekitaran kita kekal selamat dan harmoni,” ujarnya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali