RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyediakan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.

Mohamad berkata, komitmen itu susulan kunjungan hormat Pegawai Khasnya di Parlimen Kota Raja, Mohd Azmi Jusoh, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam semalam bagi membincangkan keperluan mempertingkatkan keselamatan di Kota Kemuning.

Menurut beliau, kewujudan pondok polis itu penting bagi meningkatkan tahap keselamatan selain memberi keyakinan kepada penduduk setempat.

“Insya-Allah saya akan menyediakan peruntukan sekitar RM200,000 untuk membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning. Kemudahan ini amat penting bagi meningkatkan keselamatan dan memberi lebih keyakinan kepada penduduk,” kongsinya di Facebook pada Jumaat.

Selain bantuan kewangan, Mohamad berkata beliau akan membantu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mempercepatkan proses pemindahan hak milik tanah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika segala urusan berjalan lancar, pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dijangka bermula pada Januari 2027,” katanya.

Beliau berharap kerjasama erat antara wakil rakyat, PDRM dan masyarakat setempat akan terus diperkukuh bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, aman dan sejahtera untuk didiami.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX