MP pembangkang masih main isu MAHB, kepandiran yang dikosmetikkan?

SIDANG Dewan Rakyat sudah berlangsung menjangkau hampir dua minggu di mana setiap wakil rakyat sedang fokus mengenai perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang mencuit hati adalah hampir setiap wakil rakyat daripada pihak pembangkang asyik menggunakan isu yang serupa untuk dijadikan modal berbahas.

Tidak lain tidak bukan isu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan juga isu pelaburan Blackrock dijadikan modal utama menghentam pihak Kerajaan Perpaduan.

Hal ini amat ketara kerana ada seorang Ahli Parlimen yang lebih tersohor dengan nama Mat Jargon begitu emosi sekali menggunakan isu MAHB bagi menghentam kerajaan.

Ironinya Ahli Parlimen yang sama telah pun dimalukan dengan jawapan tuntas daripada pihak kerajaan berhubung isu MAHB pada sidang Parlimen yang lalu.

Namun begitu, dengan jawapan yang tepat dan fakta dikemukakan bahkan isu ini telah dibawa sejak sidang Parlimen yang lalu, pihak pembangkang seolah-olah tersangat pandir dalam memahami isu ini.

Walaupun telah diberi semua jawapan balas dan fakta, pihak pembangkang masih lagi menggunakan isu ini pada sidang Parlimen kali ini.

Timbul persoalan yang menarik, adakah kepandiran telah pun dijadikan sebagai satu identiti dan juga alat kosmetik bagi Ahli Parlimen pembangkang sekarang?

Kenapa pembangkang memilih menjadi pandir sedangkan piawaian pembangkang jika dibandingkan dengan negara luar lebih tinggi dan dihormati?

Kenapa memilih menjadi pandir dalam keadaan menjadi bijak itu lebih utama?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini