Pesta Chingay bakal dicalon dalam UNESCO

JOHOR BAHRU – Pesta Chingay yang telah menjadi acara tradisi di Johor Bahru sejak 150 tahun lalu bakal dicalonkan sebagai Warisan Budaya Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Memetik laporan akhbar Kosmo, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong berkata, pihaknya sedang berusaha mengangkat pesta turun-temurun itu ke dalam pencalonan UNESCO bagi mengangkat martabat budaya warisan di negeri ini.

“Pesta Chingay Johor Bahru telah wujud lebih 150 tahun dan telah menjadi saksi ke atas perkembangan daerah Johor Bahru. Pesta ini bukan setakat menyambut hasil tuaian, malah mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama bangsa.

“Pesta ini juga telah diisytihar sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada tahun 2012 dan dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri Johor,” katanya ketika berucap pada acara kemuncak Pesta Chingay Johor Bahru 2025, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Tunku Temeng­gong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pesta Chingay Johor Bahru 2025 yang diadakan di pusat bandar raya ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar serta Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim.

Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru kali ini menyaksikan lebih 85 kenderaan berhias dengan penyertaan 21 pasukan tarian singa dan naga daerah Johor Bahru yang berarak sejauh kira-kira 7.8 kilometer bermula dari Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek.

Lebih 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara hadir memeriahkan acara berkenaan sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negara.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia