Peletakan jawatan lima pengarah bebas MAHB proses normal syarikat

SUBANG – Laporan mengaitkan lima individu sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang meletakkan jawatan susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia disifatkan sebagai sebahagian daripada proses biasa dalam pentadbiran syarikat.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak dapat mengulas lebih lanjut berhubung peletakan jawatan tersebut, susulan ia merupakan produser biasa bagi mana-mana pengurusan syarikat.

“Saya percaya syarikat telah mengambil tindakan yang diperlukan. Sebarang aduan rasmi akan disiasat oleh jawatankuasa berkaitan, termasuk jika terdapat isu berkaitan ganti rugi.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita mempunyai jawatankuasa yang akan meneliti sebarang aduan yang dikemukakan oleh pihak berkaitan. Jika ada perkara yang perlu disiasat, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Ninja Cold, hari ini.

Sebelum ini, lima pengarah bebas bukan eksekutif MAHB meletak jawatan susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia selepas pengambilalihan oleh Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).

Lima pengarah bebas terbabit ialah Datuk Mohamad Husin, Ramanathan Sathiamutty, Cheryl Khor Hui Peng, Datuk Seri Koe Peng Kang dan Chris Chia Woon Liat.

Selain itu, pengarah bukan bebas bukan eksekutif, Tan Sri Zainun Ali, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MAHB, turut meletak jawatan selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai penama Kementerian Kewangan (Diperbadankan) pada 16 Februari lalu.

Pengerusi MAHB, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, peletakan jawatan mereka akan berkuat kuasa pada tarikh rasmi penyahsenaraian syarikat berkenaan.

Menurut Nungsari, MAHB mengadakan mesyuarat terakhir lembaga pengarahnya sebagai syarikat tersenarai semalam, menandakan berakhirnya perjalanan 25 tahun sebagai entiti awam sejak dagangan sulungnya pada RM2.50 sesaham pada November 1999.

Mengulas perkara berbeza, Anthony memaklumkan, DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Anthony yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, setakat ini jawatankuasa disiplin belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu yang didakwa mendapat bantahan daripada beberapa bahagian Pemuda DAP mahukan tindakan disiplin diambil terhadap Tan Khong Chong, yang merupakan pembantu khas Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, susulan kekecohan pada majlis makan malam penghormatan Lim Kit Siang di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

“Setakat ini tiada aduan diterima. Sekiranya ada aduan, sudah tentu akan ada siasatan oleh jawatankuasa disiplin… ia prosedur biasa.

“Setakat ini individu terlibat telah memohon maaf dan individu yang dimarahinya juga telah menerima permohonan maaf terbabit,” katanya.

Sementara itu, Anthony turut mengulas berhubung isu kelulusan bersyarat diberikan kepada tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan sebagai pusat pemeriksaan kenderaan motor (PPKM).

“Kriteria baharu bagi syarikat yang bakal mengambil alih perkhidmatan itu telah dijelaskan secara terperinci di Parlimen dan turut dimuat naik di media sosialnya.

“Saya telah menjelaskan perkara ini secara terperinci di Parlimen semalam. Jawapan saya di sana adalah penjelasan rasmi saya selain saya juga telah memuat naik video di media sosial yang boleh dirujuk untuk maklumat lanjut,” katanya.

Related Posts

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

PUTRAJAYA – Tindakan Undang Yang Empat menggunakan kuasa memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 secara jelas bertentangan dengan adat serta peruntukan undang-undang negeri. Felo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal