Aliff Rakib ambil masa 70 saat tumbangkan Adukhov

ATLET muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi selepas menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28.

Aliff mengambil masa 1 minit 10 saat menewaskan lawannya itu secara ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama di Bangkok, Thailand.

Pertarungan kategori cathcweight itu, Aliff dilihat lebih bersedia berbanding Adukhov yang juga pendatang baharu ONE Championship.

Kemenangan Aliff tercetus selepas dia menahan asakan daripada Adukhov sebelum melepaskan dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya.

Dua tumbukan itu menyaksikan Adukhov tidak dapat bangkit meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan kepada Aliff.

Kejayaan itu menyaksikan dia melebarkan rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan perlawanan sejak beraksi dalam ONE Championship.

Related Posts

Mexico tewaskan Korea Selatan 1-0, layak ke pusingan kalah mati

TUAN rumah bersama, Mexico muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Guadalajara, hari ini. Jaringan Luis Romo sejurus selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan naik taraf kompleks, kemudahan sukan diteliti – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah meneliti keperluan menaik taraf kemudahan sukan termasuk padang dan kompleks sukan di seluruh Sabah Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

DBKL salur bantuan khas RM1,500 kepada penjaja terjejas Program Lestari Niaga

DBKL salur bantuan khas RM1,500 kepada penjaja terjejas Program Lestari Niaga

Jangan tunggu tular baru PBT nak bertindak – Hannah

Jangan tunggu tular baru PBT nak bertindak – Hannah