Sabah pastikan kesan influenza ke atas pelancongan minimum – Joniston

KOTA KINABLAU – Sabah akan pastikan kesan influenza terhadap pelancongan negeri minimum dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu terhadap kes berkaitan, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Menurur beliau, pada ketika ini pelancongan dan perniagaan di Sabah masih masih berjalan seperti biasa.

“Saya yakin pihak berkuasa berkaitan telah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan semuanya terawal.

“Ia adalah masalah yang melibatkan seluruh dunia.

“Ini memerlukan usaha bersama daripada semua pihak untuk mengelakkannya daripada menjejaskan pelancongan di Sabah,” katanya dalam sidang media selepas mewakili menterinya, Datuk Christina Liew merasmikan Lampoopalooza 2025 di Bangunan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), di sini pada Jumaat. 

Ia adalah susulan daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 Januari 2025 yang melaporkan kes influenza kekal meningkat dibeberapa wilayah termasuk Eropah. 

Bagaimanapun, kes influenza di Malaysia masih terkawal dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataan media pada Khamis 6 Februari lepas.  

Mengulas mengenai Lampoopalooza, Joniston berkata ia bukan hanya untuk meraikan diversiti dari segi keunikan di Sabah tetapi juga berkaitan dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Festival Lampu Lampoopalooza ini bukan sahaja untuk kita meraikan diversiti dari segi keunikan kita di Sabah ini juga ada kaitan dengan CSR sebab itulah STB memberi ruang kepada NGO seperti Sabah Society For The Deaf.

“Termasuk politeknik yang ada sekolah khas khusus untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran. 

“Jadi ini juga memberi ruang kepada masyarakat untuk mengetahui tentang masalah kesihatan yang mereka alami.

“Namun itu seharusnya tidak menjadi batasan kepada mereka untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka juga sama seperti kita yang boleh melakukan segalanya,” katanya.

Jelasnya, dengan adanya kolaborasi bersama Persatuan Orang-orang Pekak Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu, ia dapat memberi ruang kepada mereka untuk menunjukkan potensi mereka walaupun mempunyai masalah secara fizikal.

Tambah beliau, kolaborasi ini merupakan cara terbaik yang STB kenal pasti untuk melibatkan mereka bersama dalam Festival Lampoopalooza.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat