Aliff Rakib ambil masa 70 saat tumbangkan Adukhov

ATLET muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi selepas menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28.

Aliff mengambil masa 1 minit 10 saat menewaskan lawannya itu secara ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama di Bangkok, Thailand.

Pertarungan kategori cathcweight itu, Aliff dilihat lebih bersedia berbanding Adukhov yang juga pendatang baharu ONE Championship.

Kemenangan Aliff tercetus selepas dia menahan asakan daripada Adukhov sebelum melepaskan dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya.

Dua tumbukan itu menyaksikan Adukhov tidak dapat bangkit meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan kepada Aliff.

Kejayaan itu menyaksikan dia melebarkan rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan perlawanan sejak beraksi dalam ONE Championship.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar