Modul Sekolah Patriotik UMNO tidak diajar di tempat lain

KUANTAN – Sekolah Patriotik UMNO yang dilancarkan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendapat sambutan menggalakkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kumpulan pertama atau Patriot 1 membabitkan 50 peserta sudah memulakan pengajian sejak kelmarin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

Katanya, susulan sambutan menggalakan itu, pihaknya akan mengadakan proses temuduga bagi pengambilan kedua selepas ini.

“Saya melihat anak muda ini begitu bersemangat dan tidak sabar memulakan sesi pembelajaran.

“Mereka (akan) mengikuti enam modul yang sangat berlainan dan tidak terdapat di institusi pengajian tinggi.

“Sekolah patriotik ini penting dalam usaha UMNO memupuk semangat patriotisme dalam diri anak muda agar mereka meneruskan kesinambungan (perjuangan) kita dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 di Lipis.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, sekolah patriotik yang ditubuhkan di bawah Biro Latihan dan Perkaderan UMNO itu memfokuskan kepada ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

Beliau yakin apabila pelajar dibekalkan ilmu yang tidak boleh diperolehi di mana-mana institusi, mereka mendapat suntikan semangat baharu dan memahami perjuangan UMNO sebenar.

Related Posts

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SANDAKAN – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya iaitu Parlimen Penampang dan Tuaran, dalam perbincangan mengenai pembahagian kerusi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

PUTRAJAYA – UMNO yang menjalinkan kerjasama bersama Pas membuktikan parti terbabit hanya mahu mengekalkan kedudukan sebagai ‘abang long’ dalam percaturan politik Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Penganalisis politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka