Perkukuh hubungan media tempatan, rantau ASEAN

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap laporan media tempatan sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dapat sampai kepada semua organisasi media ASEAN.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat atau laporan berita dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Kepengerusian ASEAN itu.

“Dari segi liputan berita, saya lihat Bernama menjalankan tugas dengan baik untuk menyelaras media sebagai penyelaras media rasmi manakala RTM penyiar rasmi, liputan sekarang ini berjalan baik, keutamaan kita berikan pada sidang kemuncak.

“Bagi acara pertama pada 18,19 Januari lalu – Pemukiman Menteri Luar ASEAN – alhamdulillah berjalan dengan baik,” katanya kepada Bernama selepas meninjau Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, hubungan antara media di Malaysia dan rantau ASEAN juga perlu diperkukuh, bukan hanya antara agensi media kerajaan dalam kalangan negara ASEAN tetapi juga media lain di rantau itu.

“Itulah saya percaya kita perlu adakan satu himpunan media dari rantau ASEAN sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Mei nanti.

“Insya-Allah, harapan saya hasil daripada himpunan media akan dapat eratkan lagi hubungan dan dapat baca lebih banyak berita dan laporan dari rantau Asia Tenggara,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada 23 Januari lalu dilaporkan berkata, HAWANA tahun ini akan menjadi platform menghimpunkan organisasi media daripada seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri tersebut.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan kunci utama rakyat Malaysia hadapi cabaran mendatang

PUTRAJAYA – Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang rakyat Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kelemahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang dibina bersama sejak sekian lama. Tokoh Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • By Aden
  • August 31, 2026
Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026