Perkukuh hubungan media tempatan, rantau ASEAN

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap laporan media tempatan sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dapat sampai kepada semua organisasi media ASEAN.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat atau laporan berita dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Kepengerusian ASEAN itu.

“Dari segi liputan berita, saya lihat Bernama menjalankan tugas dengan baik untuk menyelaras media sebagai penyelaras media rasmi manakala RTM penyiar rasmi, liputan sekarang ini berjalan baik, keutamaan kita berikan pada sidang kemuncak.

“Bagi acara pertama pada 18,19 Januari lalu – Pemukiman Menteri Luar ASEAN – alhamdulillah berjalan dengan baik,” katanya kepada Bernama selepas meninjau Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, hubungan antara media di Malaysia dan rantau ASEAN juga perlu diperkukuh, bukan hanya antara agensi media kerajaan dalam kalangan negara ASEAN tetapi juga media lain di rantau itu.

“Itulah saya percaya kita perlu adakan satu himpunan media dari rantau ASEAN sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Mei nanti.

“Insya-Allah, harapan saya hasil daripada himpunan media akan dapat eratkan lagi hubungan dan dapat baca lebih banyak berita dan laporan dari rantau Asia Tenggara,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada 23 Januari lalu dilaporkan berkata, HAWANA tahun ini akan menjadi platform menghimpunkan organisasi media daripada seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri tersebut.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat