PM guna ruang masa di Davos dengan siri pertemuan bersama ketua MNC

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada syarikat multinasional (MNC) antaranya AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), mengadakan pertemuan itu di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Mountain Plaza Hotel di Davos, Switzerland.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar meluangkan masa selama setengah jam dalam setiap pertemuan dengan pemimpin perniagaan, bermula dengan Ketua Pegawai Strategi AstraZeneca, Marc Dunoyer diikuti pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Fortescue, Minderoo Foundation dan Tattarang, Dr Andrew Forrest AO.

Perdana Menteri bersama delegasi kemudian bertemu DP World diketuai Pengerusi dan CEO, Sultan Ahmed Bin Sulayem dan turut mengadakan perbincangan dengan Medtronics, diwakili oleh Naib Presiden Kanan Eurasia Majid Kaddoumi.

Anwar seterusnya mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif dan CEO Zon Asia, Oceania dan Afrika Nestle, Remy Ejel.

Kemudian, Anwar dan pegawai Malaysia mengadakan perbincangan dengan pemimpin daripada Google, diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.

Sementara itu, dalam satu hantaran di aplikasi X malam tadi, Anwar berkata, beliau menggunakan ruang lingkup pertemuan tersebut untuk meneroka lebih banyak sinergi pelaburan dan perdagangan.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎