Sultan Pahang mahu Exco terus komited, kerja keras demi rakyat

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) terus bekerja keras dan melaksanakan tugas dengan komitmen untuk rakyat dan negeri.

Titah baginda, kepercayaan diberikan bukan sekadar amanah tetapi satu tanggungjawab besar untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri terus berkembang.

“Saya ingin mengingatkan, setiap dasar dan keputusan diambil perlulah berasaskan kepentingan rakyat.

“Dengar, peka kepada masalah dan keperluan mereka kerana rakyat adalah tunjang kekuatan negeri.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita memastikan rakyat hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz, petang semalam.

Dalam titah itu, baginda turut menekankan agar setiap ahli majlis sentiasa meletakkan kepentingan negeri Pahang di hadapan.

“Kesetiaan kepada negeri harus mengatasi segala kepentingan lain.

“Pahang adalah tanah tumpah darah kita, justeru segala usaha dan pengorbanan haruslah ditumpukan untuk kemajuan negeri dan kerajaan Sultan Pahang ini,” titah baginda.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu