RUU Majlis Media: Bacaan kedua sesi Parlimen depan

RANG Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia untuk bacaan kali kedua akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Fahmi berkata, penting untuk memastikan kebebasan media serta etika dan profesionalisme kewartawanan sentiasa diutamakan.

“Insya-Allah pada sidang Parlimen akan datang dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita akan melakukan bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia.

“Saya harap akan dapat meletakkan dan memartabatkan media dalam negara kita, selain menjadikan sektor media sebagai industri bukan hanya mampan tetapi mampu mengusahakan kawalan kendiri tentang beberapa perkara,” katanya seperti dipetik Bernama hari ini. 

Fahmi berkata demikian kepada wartawan selepas bersarapan bersama ahli Kelab Media Kelantan. 

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching membentangkan rang undang-undang tersebut untuk bacaan pertama pada 12 Disember tahun lalu. 

Rang undang-undang itu bertujuan untuk menubuhkan sebuah badan pengawalan kendiri bagi melindungi kepentingan media dan pengamal media. 

Antara lain, Klausa 15 rang undang-undang ini menyediakan mekanisme pengawalan berkaitan aduan ketidakpuasan hati, yang akan diterima pakai dan dilaksanakan oleh majlis seperti yang ditentukan semasa mesyuarat agung.

Di samping pujian, namun beberapa kumpulan menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa peruntukan lain, terutama kehadiran dua wakil kerajaan yang dilantik oleh menteri dalam majlis media, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kebebasan majlis tersebut. 

Sementara itu, Fahmi memberi jaminan kementeriannya akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, termasuk menyalurkan sumbangan dan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang menghadapi kesulitan hidup. 

Katanya, ia termasuk memastikan semua wartawan sambilan atau stringer turut menikmati manfaat skim perlindungan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri melalui Bernama.

“Insya-Allah, kita akan bantu apa yang patut,” tambahnya. 

Pada 15 Ogos tahun lalu, Bernama dan Perkeso menandatangani memorandum persefahaman untuk memperluaskan perlindungan kepada pengamal media sambilan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. 

Perjanjian itu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan perlindungan keselamatan sosial, terutama bagi pengamal media yang berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok