SPRM dedah 2 anak Tun M miliki kekayaan lebih RM1 bilion

DUA anak Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki aset melebihi RM1 bilion.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang berkata, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Datuk Mirzan Mahathir telah selesai melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Jelasnya, ia bagi membantu siasatan berhubung Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Azam berkata, kedua-dua anak kepada bekas Perdana Menteri itu telah pun mengisytiharkan harta termasuk pegangan aset, saham dan sebagainya dan beliau berpuas hati dengan keputusan itu.

“Berhubung Tan Sri Mokhzani, jumlah aset keseluruhan kira-kira RM1 bilion antara aset peribadi RM360 juta selain beberapa aset, pegangan saham dan liabiliti yang ditanggung.

“Begitu juga Mirzan yang keseluruhan harta RM246.2 juta termasuk aset peribadi RM120 juta, saham, liabiliti yang ditanggung dan lain-lain aset,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di Putrajaya, hari ini.

Januari tahun lalu, SPRM mengarahkan anak kepada bekas perdana menteri dua kali itu untuk mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Pada 24 Mei tahun lalu, media melaporkan kedua-dua anak Mahathir itu memohon lanjutan tempoh bagi pengisytiharan harta mereka.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET