Elektrik punca kebakaran meningkat sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024

KOTA KINABALU – Sebanyak 39 daripada 45 kes kebakaran kediaman yang berlaku sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun lepas berpunca dari elektrik, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Lizalman Abu.

Beliau berkata, sementara enam kes yang direkodkan sempena perayaan yang sama adalah kebakaran yang berpunca dari dapur.

“Rekod JBPM menunjukkan statistik kebakaran pada Tahun Baharu Cina di Sabah sepanjang tiga tahun bermula 2022 hingga 2024 menunjukkan peningkatan.

“Pada 2022, 28 kes dicatatkan tetapi 2024 ada 45 kes semasa Tahun Baharu Cina,” katanya menerusi sidang media pada Majlis Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Musim Perayaan di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Kempen berkenaan disempurnakan Timbalan Pengerusi Invest Sabah Berhad, George Wong Hsueh Cheng mewakili Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Mengulas lanjut, Lizalman berkata, kempen kesedaran itu dibuat bagi menangani peningkatan kes kebakaran di Sabah terutamanya pada musim perayaan.

“Bukan sahaja semasa Tahun Baharu Cina tetapi setiap perayaan kita akan laksanakan kempen ini agar kita sentiasa beringat terutamanya bagi yang meninggalkan rumah semasa perayaan.

“Kita turut membuat hebahan mengenai keselamatan kebakaran melalui media sosial seperti TikTok, Facebook dan lain-lain,” tambahnya.

Related Posts

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

MUKAH – Dua keluarga menarik nafas lega selepas projek baik pulih kediaman mereka di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Tellian kini disahkan siap sepenuhnya mengikut standard…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur