Nur Izzuddin-Sze Fei juara Terbuka India

KEM badminton negara menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meraih gelaran pertama musim ini dengan menjuarai Terbuka India malam tadi.

Kejayaan itu hadir setelah mereka menumpaskan Kim Won-ho dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan dalam aksi final di New Delhi.

Dalam aksi berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, Sze Fei-Nur Izzuddin bermula dengan langkah kanan apabila menang 21-15 pada set pertama.

Pada set kedua, beberapa kesilapan pasangan negara membuka ruang buat juara Terbuka Malaysia 2025 untuk menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Sze Fei-Nur Izzuddin memperkemaskan corak permainan mereka sebelum mengesahkan kemenangan 21-16 dalam tempoh 53 minit pada kejohanan berstatus Super 750 itu.

Menerusi kemenangan berkenaan, Sze Fei-Nur Izzuddin yang menjuarai Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik pada musim lalu membawa pulang AS$70,300 (RM316,653).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran di media sosialnya turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan beregu profesional negara itu.

“Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan Malaysia, tetapi juga membuktikan ketabahan dan semangat juang yang luar biasa. Teruskan momentum ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa tahun ini.

“Well done, boys. Keep it up!,” katanya.

Related Posts

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled