Malaysia sedia hantar pulang warga Palestin dalam tempoh gencatan senjata

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu dan penghantaran pulang mereka sedang diuruskan Kementerian Luar bersama Kementerian Pertahanan.

“Kedua-dua kementerian terlibat akan memperincikan mengenai perkara itu dalam masa terdekat dan kesemua mereka.

“Mereka (rakyat Palestin) telah menerima rawatan dan memohon untuk pulang… jadi dalam keadaan gencatan senjata, ini mungkin masa sesuai untuk penghantaran pulang,” katanya pada sidang media di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Pada 16 Ogos lalu, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan regim Zionis di Semenanjung Gaza untuk rawatan serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Malaysia menerima permohonan maaf daripada Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali susulan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL.

“Kita tahu bahawa mungkin mereka (warga Palestin) berada dalam keadaan tekanan kerana telah lama berada di Malaysia,” katanya.

Terdapat dua insiden dilaporkan iaitu masing-masing pada 5 Januari dan Oktober tahun lalu.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi