Lima sekeluarga maut nahas babit dua kenderaan di Pekan

KUANTAN – Lima mangsa maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, dekat Pekan, malam tadi, dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka.

Mereka ialah Hamzah Zahari, 53, bersama isterinya, Rahimah Awang Muda, 38, serta anak mereka, Ainul Mardhiyah Hamzah, 10; Muhammad Luqman Nur Hakim, 8; dan Muhammad Lutfi, 4.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata berdasarkan laporan, kemalangan kira-kira jam 7 malam itu membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki keluarga terbabit dan Nissan Grand Livina dinaiki dua individu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika kereta dipandu Hamzah sedang dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Nenasi, Pekan, manakala Grand Livina dipandu lelaki berusia 51 tahun pula dari arah Kuantan menghala ke Rompin.

“Sebaik tiba di lokasi, Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Grand Livina yang sedang bergerak lurus.

“Akibat perlanggaran itu, lima individu yang menaiki Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lelaki serta penumpang wanita berusia 43 tahun dalam Nissan Grand Livina pula mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa