Sembilan pekerja ladang kelapa sawit terhidu racun serangga dikejarkan ke hospital

KINABATANGAN – Sembilan pekerja sebuah ladang kelapa sawit dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga, di sini pada Sabtu.

Semua mangsa dipercayai terhidu racun serangga jenis ‘Carbosulfan UN3077’ ketika menjalankan aktiviti membaja pokok sawit di ladang seluas 20 ekar kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.11 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Kinabatangan dan Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai bomba.

“Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Semua pekerja yang terlibat dilaporkan stabil,” katanya di sini dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, lapan mangsa sudah keluar dari Unit Kecemasan manakala seorang masih dirawat dalam wad kerana belum pulih sepenuhnya tapi mangsa dalam keadaan stabil.

Menurut Nurul Azlan, pasukan bomba kemudian bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud.

“Pasukan bomba kemudian menasihati pemilik ladang untuk sentiasa menggunakan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika kerja-kerja meracun.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan 6.40 petang,” ujarnya.

Related Posts

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

SERIAN – Bahang sambutan Hari Gawai semakin dirasai apabila pelbagai persiapan giat dilakukan oleh masyarakat Dayak di seluruh Sarawak, khususnya dalam kalangan keluarga dan komuniti rumah panjang. Daripada kerja menghias…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara