Sokong Najib punca utama Mahathir tinggalkan Bersatu, pemimpin lain bakal menyusul

KUALA LUMPUR – Tindakan Bersatu menggunakan taktik kotor dengan memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu Titah Adendum merupakan punca  utama Dr Mahathir Mohd Rais melepaskan jawatan sebagai setiausaha parti itu dan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, semalam.

Sumber berkata, soladiriti terhadap Najib oleh pembangkang merupakan kemuncak yang membangkitkan perpecahan dalam Bersatu di antara kem Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kem Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, Mahathir yang tergolong dalam kem Muhyiddin adalah individu yang lantang mengkritik perhimpunan diketuai Pas itu dan tidak bersetuju menggunakan isu Titah Adendum sebagai ‘mileage’ politik kepada pembangkang.

“Ada di antara pemimpin tertinggi Bersatu yang menyokong Hamzah mahu ambil kesempatan dalam isu Adendum Najib sebab Pas dilihat cukup pakar dalam perkara ini.

“Tujuan mereka bukan untuk sokong Najib pun, tetapi hanya mahu ambil kesempatan dengan memecahbelahkan UMNO secara dalaman, khususnya mewujudkan kekeliruan terhadap penyokong tegar bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Bagaimanapun, pimpinan tertinggi Bersatu yang kem kepada Muhyiddin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana akan merugikan parti, rakyat akan menolak kita khususnya, UMNO yang menyokong Bersatu disebabkan kita beri sokongan kepada individu yang merompak hasil negara,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Sumber memaklumkan, perkara itu menyebabkan pertelingkahan besar antara kepimpinan tertinggi dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin Bersatu akan meninggalkan parti, susulan sudah terlalu jauh menyimpang dan tidak selari dengan perjuangan parti.

“Sabitan dan hukuman 12 tahun bekas Perdana Menteri dalam kes SRC International menjadi peristiwa penting bagi Malaysia dan menyifatkan perhimpunan solidariti itu sebagai mengecewakan. Sebab itu, kemungkinan akan lebih ramai mengikuti arus seperti Mahathir.

“Kem Hamzah sudah terlalu sesat, sanggup menggunakan strategi licik dan kotor, semata-mata demi kepentingan peribadi. Seharusnya Bersatu tidak memberi sokongan kepada Najib kerana ketika PN menjadi kerajaan, kita tidak campur tangan dalam kes dihadapi pemimpin itu di mahkamah.

“Kenapa pula Bersatu dan Pas tiba tiba nak masuk campur kes Najib, ini membuktikan perjuangan Bersatu sudah menyimpang yang bukan berjuang untuk kepentingan rakyat namun demi meraih kuasa dalam memecahbelahkan parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Semalam, Mahathir melepaskan jawatan sebagai setiausaha Bersatu dan PN Wilayah Persekutuan, selain keahliannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu surat yang ditujukan kepada Datuk Dr Radzi Jidin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu dan Pengerusi PN Wilayah Persekutuan, semalam

Mahathir bagaimanapun tidak mengulas sebarang sebab mengenai tindakannya itu.

Bagaimanapun, melalui mesej beliau kepada FMT, Mahathir memaklumkan ‘perjuangan sudah tidak selari’ sebagai antara sebab tindakan itu diambil.

Beliau turut memaklumkan akan menunaikan umrah pada 22 Januari ini dan keputusan mengenai masa depannya termasuk menyertai mana-mana parti akan dibuat selepas itu.

Mahathir sebelum ini lantang mengkritik perhimpunan diketuai Pas untuk menyokong Najib pada 6 Januari lalu, mengatakan ia mencerminkan kesediaan PN berkompromi dengan prinsipnya demi kepentingan politik.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan