MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet

BATU KAWAN – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau percaya isu itu dibangkitkan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan akan menjawab berhubung perkara dibangkitkan itu.

“Kita sebagai kerajaan dengar walaupun MITI sebenarnya adalah kementerian dalam sektor pembuatan, tetapi kita tetap dengar dan bawa suara mereka ke Kabinet,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang keenam Plexus di Bandar Cassia, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan pengusaha bas kilang supaya MITI berunding dengan pihak industri agar menyemak semula perjanjian perkhidmatan bas kilang susulan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dan bas kilang tidak termaktub dalam penyasaran itu.

Jun lalu, lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan kemasukan sektor itu dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga diesel.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman