Kompleks Perubatan Nasser umum gantung operasi

GAZA – Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, mengumumkan bahawa kesemua perkhidmatan kesihatan di sana akan digantung operasi kecuali unit rawatan rapi (ICU) dan pembedahan, akibat krisis kekurangan bahan api.

Dalam satu kenyataan, Kompleks Nasser menjelaskan bahawa semua perkhidmatan kesihatan di kompleks tersebut telah dihentikan, kecuali jabatan kritikal seperti rawatan rapi, operasi kecemasan, hemodialisis, stesen oksigen, dan pencahayaan di jabatan kecemasan.

Ia memberi amaran tentang bencana kemanusiaan dan kesihatan yang mengancam nyawa pesakit, termasuk risiko kematian bagi pesakit di katil rawatan rapi, kerana generator kompleks tersebut telah berhenti sepenuhnya, dan hanya sebuah generator kecil yang masih berfungsi, lapor WAFA.

Kompleks perubatan itu menyatakan bahawa jumlah bahan api yang ada hanya mencukupi untuk mengoperasikan generator kecil selama tiga jam sahaja.

Jelasnya, untuk mengerakkan operasi harian di kompleks perubatan tersebut, ia memerlukan sebanyak 5,500 liter diesel sehari untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan perubatan.

Ia merayu kepada semua badan dan institusi antarabangsa untuk campur tangan segera bagi membawa masuk bahan api demi memastikan perkhidmatan perubatan dapat diteruskan.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan bahawa hospital di Gaza telah menjadi perangkap maut.

Dalam satu hantaran di platform X, UNRWA menjelaskan bahawa keluarga di Gaza berpecah-belah, kanak-kanak membeku hingga mati, dan kebuluran memendekkan hayat mereka.

Kenyataan UNRWA ini dikeluarkan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan serangan langsung ke atas hospital, di mana tiga hospital awam di utara Semenanjung Gaza termasuk Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun, dan Hospital Indonesia kini tidak lagi beroperasi akibat peningkatan agresi pihak pendudukan.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, hanya 14 daripada 36 hospital di Gaza yang kini beroperasi secara sebahagian dan menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda