74 kanak-kanak Gaza terbunuh sepanjang minggu pertama 2025

SEKURANG-kurangnya 74 kanak-kanak di Semenanjung Gaza terkorban akibat serangan berterusan pada minggu pertama tahun 2025, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Israel telah membuat serangan lewat malam Selasa di kawasan yang dikatakan ‘zon selamat’ seperti Gaza City, Khan Yunis, dan Al Mawasi sehingga meragut lima nyawa kanak-kanak Gaza yang tidak berdosa di Al Mawasi.

“Bagi kanak-kanak Gaza, tahun baru membawa lebih banyak kematian dan penderitaan akibat serangan, kekurangan keperluan asas, serta peningkatan pendedahan kepada kesejukan malah gencatan senjata juga telah lama digantung,” kata Pengarah Eksekutif Unicef, Catherine Russell.

Menyoroti krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, agensi itu menyatakan bahawa lebih daripada 1 juta kanak-kanak kini tinggal di khemah sementara, manakala banyak keluarga telah kehilangan tempat tinggal selama berbulan-bulan, lapor Anadolu.

“Sejak 26 Disember, lapan bayi dan bayi baru lahir dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia iaitu ancaman besar bagi kanak-kanak kecil yang tidak dapat mengawal suhu badan mereka,” katanya.

Dengan menekankan kehancuran infrastruktur awam dan hospital yang sudah tidak mampu menampung, Unicef turut melaporkan penutupan Hospital Kamal Adwan, satu-satunya hospital pediatrik di utara Gaza, selepas serangan Israel bulan lalu.

“Unicef telah lama memberi amaran bahawa perlindungan yang tidak mencukupi, kekurangan akses kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, keadaan kebersihan yang buruk, dan kini cuaca musim sejuk meletakkan nyawa semua kanak-kanak di Gaza dalam bahaya,” kata Russell.

Unicef menggesa supaya serangan terhadap orang awam dihentikan dan bantuan kecemasan dibenarkan sampai kepada mereka yang memerlukan dan meminta penghantaran bantuan dan bekalan untuk kelangsungan hidup kanak-kanak di Gaza.

Unicef turut menyeru tindakan segera untuk meningkatkan keselamatan bagi memastikan pekerja bantuan dapat menyampaikan bekalan kepada keluarga dengan selamat.

“Keluarga memerlukan pengakhiran kepada penderitaan dan kesedihan yang tidak terbayangkan ini,” katanya.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda