Tehran bebas wartawan Itali

ROME – Wartawan Itali, Cecilia Sala dibebaskan dari penjara Iran selepas tiga minggu ditahan dan kini dalam perjalanan pulang ke Itali, kata pejabat Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Sala ditahan polis Tehran pada 19 Disember lalu ketika membuat liputan di ibu negara Iran, dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan pihak berkuasa Itali, menurut Kementerian Luar negara itu.

“Pesawat membawa Cecilia Sala pulang, telah berlepas beberapa minit lalu dari Tehran,” kata pejabat Meloni.

Sala dijangka tiba di Rom pada tengah hari ini.

“Terima kasih kepada usaha intensif melalui saluran diplomatik dan perisikan, rakyat kita dibebaskan oleh pihak berkuasa Iran dan kini dalam perjalanan pulang ke Itali,” menurut kenyataan itu lagi.

Meloni turut berkongsi berita pembebasan Sala di X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terbabit dalam usaha membebaskan Sala.

Perdana Menteri juga berkata beliau telah memberitahu ibu bapa Sala secara peribadi mengenai pembebasannya melalui panggilan telefon.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda