Warga ESSCOM diseru teruskan komitmen kerja sepasukan, tingkat usaha

LAHAD DATU – Seluruh warga kerja Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) diseru meneruskan momentum kerja secara berpasukan serta kekal meningkatkan usaha berlandaskan dasar dan polisi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Komandernya, Datuk Victor B Sanjos berkata, seruan itu adalah selaras dengan keazaman agar Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) kekal selamat dan kesejahteraan komuniti sentiasa terjamin.

“Selain itu, ia juga bagi membantu Kerajaan dalam mengekalkan keamanan melalui inisiatif keselamatan dan kesejahteraan yang mapan (mantap) bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan (sustainable) untuk Sabah terutamanya di kawasan ESS Zone.

“Semoga Tahun 2025 ini dibugari dengan tekad dan keazaman yang ikhlas untuk kita semua dalam menjaga dan mengekalkan kedaulatan negara menerusi Fasa Pengukuhan Keselamatan di ESS Zone,” katanya sempena Majlis Perhimpunan ESSCOM 2025 di Lahad Datu.

Mengenai operasi dan penguat kuasaan, Victor berkata, Esscom merekodkan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM24 juta menerusi Operasi Sanggah yang dikoordinasikan pihaknya sepanjang tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu nilai rampasan tertinggi sebanyak RM18 juta adalah daripada penyeludupan rokok dan arak tidak bercukai serta barang kawalan.

Esscom turut melaksanakan lebih 2.1 juta pemeriksaan fizikal terhadap individu, kenderaan dan bot bagi tempoh terbabit.

“Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 536 orang ditahan dan 227 buah kenderaan serta bot dirampas oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan manakala 97 individu bersama-sama 44 buah bot telah diusir daripada sempadan negara,” tambahnya.

Victor juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak media dan komuniti ESS Zone yang telah membantu dan menyokong usaha-usaha Esscom sepanjang tahun 2024 sehingga melakar banyak kejayaan luar biasa.

Beliau turut berharap agar sinergi kerjasama yang baik itu akan terus kekal dan diperkukuhkan lagi kerana Esscom akan terus komited menjadi benteng utama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta memelihara kedaulatan wilayah Sabah melalui Operasi Sanggah, Operasi Bersepadu, Gasak Darat dan Laut, dan Operasi Khas bagi mengekang pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis yang sama menyatakan tiga fokus utama Bahagian Awam ESSCOM untuk Tahun 2025.

“Bagi meningkatkan keupayaan dalam memberi tindak balas yang pantas dan berkesan, fokus pertama ialah memperkukuh kerjasama atau kolaborasi sama ada dalam pasukan ESSCOM sendiri mahupun dengan Jabatan dan agensi luar melalui kerjasama strategik.

“Seterusnya ialah inovasi dan penambahbaikan kerana ancaman keselamatan yang dinamik mendorong kita menerima pakai teknologi baharu dan kekal selangkah ke hadapan.

“Selain itu, yang paling utama iaitu memperkasa sesi libat urus bersama komuniti ESS Zone kerana tugasan di Esscom melangkaui operasi keselamatan dan bersangkut paut tentang mendapatkan kepercayaan serta sokongan komuniti ESS Zone,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, penting agar ESSCOM terus membina ukhuwah dengan komuniti ESS Zone agar mereka berasa selamat.

  • Related Posts

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
    • AdenAden
    • September 9, 2026

    KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    • By Aden
    • September 9, 2026
    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

    • By Ezmie
    • September 9, 2026
    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan