PRN17 Sabah: Rakyat perlu rasional pilih pemimpin – Mustapha

KOTA KINABALU – Rakyat diingatkan agar bersifat rasional dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, PRN17 Sabah yang dijangka berlangsung tahun ini adalah masa sesuai untuk rakyat memilih dan menilai pimpinan yang terbaik.

“Saya ingatkan pada pilihan raya negeri akan datang ini masa kita untuk menilai pimpinan.

“Bila tiba masanya, mohon pengundi-pengundi pilihlah pemimpin yang tidak terlibat dengan segala skandal rasuah,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmiannya di Majlis Buka Mata Singa Sempena Tahun Baru Cina 2025 di pekarangan tempat letak kereta sebelah Ninso Kolombong di sini pada Ahad.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu-isu rasuah yang melanda negeri ini.

“Baru video-video, belum lagi dibuktikan dalam mahkamah tetapi kami mahu tekankan bahawa walaupun begitu kami tidak akan berkompromi.

“Pakatan Harapan Sabah yang komponennya terdiri daripada PKR, DAP, UPKO dan juga Amanah, kami tidak akan berkompromi dengan isu-isu rasuah.

“Kita mahu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan secepatnya dan kalau didapati bersalah, perlu dihukum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Sabah untuk sentiasa berpegang kepada titik-titik persamaan demi kesejahteraan negeri ini.

“Yang penting ialah kita mahu titik-titik persamaan di antara kita dan hormati perbezaan.

“Kita kena hormati apapun perbezaan itu terutamanya dari sudut keagamaan.

“Apa yang berlaku di luar Sabah mereka cari titik perbezaan, tunggang isu agama dan perkauman tetapi tidak mencari titik-titik persamaan.

“Jika perbezaan yang sedikit itu diangkat dan titik persamaan itu ditenggelamkan itu yang menyebabkan masyarakat kita porak-poranda,”ujarnya.

Related Posts

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

KANGAR – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung minggu depan ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada