Warga emas meninggal dunia dalam kereta terkunci

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta terkunci di Jalan Bukit Temasu, Taman Sinar di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian daripada orang awam pada pukul 10.03 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi lapan minit selepas panggilan itu kemudian mendapati mangsa berumur 64 tahun berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva yang enjinnya sedang hidup.

“Pasukan bomba seramai empat anggota kemudian bertindak memecahkan tingkap dan membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Agustavia lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Selepas pemeriksaan dijalankan dan dipastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi berkenaan, operasi ditamatkan pada pukul 10.22 pagi,” katanya.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan