Lelaki tempatan ditahan polis Thailand edar dadah nilai lebih RM100,000

POLIS Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Golok, selatan Thailand, pada 30 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Ingprapan berkata, suspek berusia 24 tahun berasal dari utara tanah air itu dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah 1,943 biji pil ekstasi, pil erimin 5 (1,510 biji) serta beberapa jenis dadah lain yang turut ditemukan dalam premis sama.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk tahanan sementara dan sampel air kencingnya diambil untuk ujian saringan di Hospital Sungai Golok.

“Polis Thailand kini sedang menyiasat sumber asal dadah itu, dan memeriksa latar belakang suspek untuk mengetahui jika dia mempunyai rekod kesalahan dadah di negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jadsadavit berkata, serbuan ini dianggap sebagai satu daripada rampasan terbesar polis Thailand, selepas kejayaan pada awal November lalu membabitkan 6,000 biji pil kuda dirampas, juga membabitkan rakyat Malaysia.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz