Wan Fayhsal ‘kunci mulut’ kerjasama BlackRock-KWSP zaman Muhyiddin

PUTRAJAYA- Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal mengambil pendirian mengunci mulut apabila enggan mengulas kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama BlackRock Inc. dalam mengendalikan dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun diasak beberapa kali bagi mendapatkan maklum balasnya namun, beliau tetap bependirian untuk tidak memberi sebarang komen terhadap isu tersebut.

Malah, tegasnya, hanya kepimpinan tertinggi PN sahaja dibenarkan untuk mengulas berhubung kerjasama bersama
BlackRock Inc, yang dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP).

“Saya tidak boleh nak komen berkenan dakwaan tersebut. Saya tiada jawapan pun untuk mengulasnya. Lebih baik tanya sendiri perkara itu kepada Tan Sri (Muhyiddin).

“Sebab awak pun dah sebut nama beliau atau tanya sahaja dengan pimpinan tertinggi yang lain. Mereka lebih mengetahui,” katanya ketika dihubungi Al-Watani, hari ini.

Pada 26 Februari 2021, KWSP melancarkan dana SMA pelaburan langsung dan pelaburan bersama Ekuiti Persendirian (PE) patuh Syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.4 bilion).

Menerusi peruntukan itu, KWSP telah menubuhkan tiga dana SMA bernilai AS$200 juta (RM810 juta) setiap satu yang akan dikendalikan oleh tiga Pengurus Dana Ekuiti Persendirian termasuk BlackRock.

Banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan antarabangsa The People’s Forum mendakwa BlackRock terlibat secara tidak langsung membantu Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Syarikat itu mempunyai pelaburan besar-besaran di Israel dan dalam syarikat termasuk Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics yang menjadikan senjata yang digunakan Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan menyifatkan ‘Mat Jargon’ sebagai hiprokit susulan menghalang penjualan saham Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) kepada GIP.

“Beliau membisu seribu bahasa apabila kerajaan pimpinan Muhyiddin pada tahun 2021 telah memperuntukkan dana simpanan KWSP kepada BlackRock. Dana ini merupakan pelaburan ke dalam aset syariah yang secara langsung melibatkan simpanan ahli muslim KWSP.

Related Posts

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony
  • AdenAden
  • October 26, 2026

MELAKA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi”…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menurunkan kadar penangguhan giliran menunaikan haji daripada lebih 50 peratus kepada hanya 18 peratus selepas melaksanakan syarat simpanan minimum RM15,000. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak