Calon PN Terus Kunci Mulut Isu Hutang

HULU SELANGOR – Tempoh kempen PRK Kuala Kubu Bharu telah pun seminggu berlalu namun calon PN, Khairul Azhari Saud terus kunci mulut berkaitan isu dakwaan beliau berhutang dengan ‘ah long’.

Setiap kali didekati pengamal media pada ceramah yang dihadirinya, beliau akan mengelak atau lari daripada diajukan pertanyaan.

Isu yang kini menjadi buah mulut penduduk tempatan itu terus menjadi tanda tanya.

Walaupun ia memberi gambaran negatif kepada Khairul Azhari, namun beliau sentiasa melarikan diri daripada memberikan penjelasan.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang ditemui berkata, persoalan berkaitan isu hutang itu perlu dijawab oleh Khairul Azhari sendiri.

“Itu kena tanya dia”, jawab ringkas Tuan Ibrahim ketika ditanya pihak media ketika ditanya kenapa calon PN lari daripada media.

Baru-baru ini tular di media sosial dan beberapa portal berita berkaitan calon PN PRK Kuala Kubu Bharu berhutang dengan ‘ah long’.

Portal Sinar Harian pada Khamis melaporkan, selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.

Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu mengambil langkah selamat apabila mengelak daripada mengulas isu tersebut ketika ditanya pemberita selepas Ceramah Perdana PN di Batang Kali, malam Rabu.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan