JAWI siasat kumpulan zikir pelik di kubur

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan berkaitan aktiviti sekumpulan individu di tanah perkuburan Danau Kota, Setapak.

Mohd Na’im berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu juga diminta menyalurkannya kepada Jawi bagi membantu siasatan.

Jelasnya, semua pihak dinasihatkan tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Semua pihak dimohon menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam, ” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu ‘berzikir secara pelik dan kuat’ di sebuah tanah perkuburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ujarnya, perbuatan itu dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi semalam.

Related Posts

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

PETALING JAYA – Dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara tidak menyebabkan peluang pelajar tempatan berkurangan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), menurut Majlis Profesor Negara (MPN). Presiden MPN, Prof Emeritus Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROTON sokong program pembaharuan Teksi MADANI

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd (PROTON) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan memperkukuh sistem mobiliti awam negara menerusi penyertaan dalam Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang diterajui Kementerian Pengangkutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan