PROTON sokong program pembaharuan Teksi MADANI

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd (PROTON) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan memperkukuh sistem mobiliti awam negara menerusi penyertaan dalam Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang diterajui Kementerian Pengangkutan.

Menurut PROTON, inisiatif itu bukan sekadar menggantikan kenderaan lama, malah merupakan pelaburan jangka panjang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mobiliti awam demi manfaat pemandu, penumpang dan pelawat.

“Program ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Menerusi penggunaan armada baharu yang mampu memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara moden, progresif dan mesra pelawat,” menurut kenyataan di media sosial pada Jumaat.

Jenama automatif negara itu turut memaklumkan bahawa insentif yang disediakan kerajaan bersama syarikat akan membantu mempercepat proses pembaharuan armada oleh pengendali teksi yang layak, tertakluk kepada syarat ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), termasuk memiliki permit operasi yang sah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir. Abdul Rashid Musa berkata pemilihan PROTON S70 membuktikan keyakinan terhadap kemampuan kejuruteraan, pembuatan dan kualiti produk automotif keluaran tempatan.

Menurut beliau, sebagai model pemasangan tempatan, PROTON S70 turut menyumbang kepada pembangunan vendor tempatan, penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pertumbuhan berterusan industri automotif negara.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16