JIM Sabah pindah 180 PATI Filipina ke negara asal

LAHAD DATU – Seramai 180 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina dipindahkan ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu, pada Jumaat.

Kesemua PATI yang ditahan itu dari depot Imigresen Sandakan dan Tawau dipindahkan menggunakan perkhidmatan feri MV Ming Hai Express ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran pulang PATI itu melibatkan 64 lelaki, 67 wanita, 23 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan berumur tujuh bulan hingga 67 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan program tersebut balik ke negara asal bersama ibu bapa atau penjaga yang sah dan kesemua tahanan telah dihantar dengan kos pembiayaan sendiri.

“Semua PATI yang dipindahkan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Sh Sitti Saleha, hingga kini seramai 5,993 tahanan warga Filipina telah dihantar balik dan menjadikan jumlah keseluruhan PATI dihantar pulang mencecah 8,650 orang.

Tegasnya, kesemua tahanan PATI disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta