Langkah Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF disekat Singapura

IMPIAN Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2024 tidak kesampaian selepas seri dalam perlawanan menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Keputusan itu memadai untuk Singapura mengesahkan slot ke pusingan seterusnya, mengiringi Thailand selaku juara Kumpulan A.

Malaysia menghantar ‘amaran’ awal kepada skuad Singapura pada minit kedua menerusi percubaan Sergio Aguero.

Manakala rembatan Endrick dos Santos pada minit keenam hanya sekadar menuju tepat ke arah Mohamad Izwan Mahbud.

Malaysia terlepas peluang keemasan membuka jaringan pada minit ke-41 selepas lambungan Haqimi Azim Rosli gagal ditanduk kemas Daniel Ting di hadapan pintu gol Singapura.

Aksi Singapura tidak banyak berubah pada separuh masa kedua dengan lebih banyak menyerap asakan dan mereka terselamat selepas pertahanannya mengeluarkan tandukan Haqimi Azim di atas garisan gol pada minit ke-50.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli yang jarang diuji kekal fokus memastikan gawang negara tidak bolos apabila menyelamatkan dua percubaan berturut-turut daripada Ryhan Euan Griffin Stewart di hujung permainan.

Kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dan menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di kedudukan ketiga.

Related Posts

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan