Tiada elaun harian RM8 kepada peserta PLKN 3.0 – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menafikan laporan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula Januari 2025 ini..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, sebaliknya kerajaan hanya menyediakan elaun perjalanan pergi dan balik peserta sahaja.

Namun, beliau tidak memaklumkan kadar elaun perjalanan akan dibayar kepada mereka.

“Elaun seharian setiap hari itu memang tidak ada perbincangan (dan) persetujuan.

“Sebenarnya, elaun kerajaan sedia tampung ialah tuntutan perjalanan dan tidak kepada elaun setiap hari mengikuti latihan PLKN,” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Semalam, Kementerian Pertahanan dilaporkan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Laporan itu menyebut setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun berkenaan.

Sementara itu, Khaled berkata, secara purata kerajaan membelanjakan RM64 sehari bagi seorang peserta PLKN 3.0 untuk makan, minum, penginapan dan segala keperluan mereka.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku buli dalam PLKN 3.0, Khaled berkata, kes itu berlaku jika wujud senior dan junior.

“Tidak ada istilah senior atau junior yang akan menyertai program (PLKN). Peserta PLKN ini datang pada sama masa,” tegas Khaled.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik