KOTA KINABALU – CelcomDigi Berhad bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) hari ini melancarkan pelan pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (SMJ) serendah RM10 sebulan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, pelan pakej ini menawarkan kombinasi kuota data internet, minit panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang munasabah pada harga mampu milik.
“Pelan-pelan pakej baru ini terdiri daripada tiga pakej iaitu pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PRSMJ), Pakej Data Sabah Maju Jaya (PDSMJ) dan Pakej Penjawat Awam Sabah Maju Jaya (PPESMJ).
“Kesemua pelan ini adalah khusus untuk semua rakyat Sabah, termasuk para penjawat awam yang berkhidmat di negeri Sabah dengan tawaran RM10 sebulan bagi kuota data dan RM30 sebulan bagi pelan lengkap.
“Saya juga berbesar hati memaklumkan bahawa pihak pengurusan CelcomDigi Berhad telah memberi pertimbangan membenarkan pelanggan yang telah disenarai hitam, oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telco untuk turut melanggan pakej SMJ ini,” katanya dalam Majlis Pelancaran Pelan Pakej CelcomDigi Pascabayar Rakyat SMJ, di Menara Kinabalu, pada Isnin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.
Dalam pada itu, Safar berharap agar pelan ini dapat mengurangkan jurang akses telekomunikasi dalam kalangan rakyat negeri Sabah.
“Pakej-pakej ini juga diharap membantu rakyat terutama golongan B40 untuk menikmati liputan dengan kuota yang mencukupi.
“Selain itu, membantu anak-anak yang bersekolah untuk melaksanakan tugasan sekolah seperti kerja-kerja kursus dan kajian yang memerlukan para pelajar mencari maklumat secara dalam talian,” tambahnya.
Jelasnya, Kerajaan Sabah sentiasa komited dan memberikan tumpuan terhadap aspek peningkatan dan pemerkasaan liputan rangkaian internet seperti 4G dan 5G di seluruh negeri ini.
Justeru, kerajaan negeri amat menggalakkan mana-mana sektor korporat dan pemain industri untuk melabur dalam pembangunan jaringan infrastruktur, khususnya telekomunikasi di negeri Sabah.
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan
JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…
Lebih lanjut



