Konvensyen Amanah tangguh susulan banjir belum reda

PUTRAJAYA – Konvensyen Nasional Parti Amanah 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Disember ini, ditangguhkan ke Januari tahun depan berikutan banjir yang melanda beberapa negeri masih belum pulih sepenuhnya.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil, memaklumkan sejajar ketetapan itu, Konvensyen Sayap Nasional merangkumi Wanita (AWAN), Pemuda dan Wanita Muda (WARDA) yang dijadualkan pada 27 Disember ini juga ditangguhkan.

“Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan ini telah membuat ketetapan tarikh baharu Konvensyen Nasional Amanah 2024 berlangsung ialah pada 25 dan 26 Januari 2025 di sebuah hotel di Klang, Selangor.

“Sehubungan itu, Konvensyen Sayap-Sayap Nasional akan diadakan pada 24 Januari 2025 di lokasi sama,” katanya melalui satu kenyataan.

Selaras dengan ketetapan itu, Muhammad Faiz berkata, jentera Amanah semua peringkat diminta menjayakan operasi bantuan banjir, terutama pascabanjir di kawasan yang terjejas.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian