Empat aduan kes buli diterima KKM babitkan kakitangan perubatan – Dr Dzul

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil tindakan terhadap empat aduan berkaitan unsur buli membabitkan kakitangan perubatan setakat 30 September lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, empat kes itu dikenal pasti sebagai aduan berasas membabitkan buli berbanding keseluruhan 355 aduan pelbagai yang direkodkan melalui sistem MyHELP sepanjang tempoh sama.

Pun begitu, Dr Dzulkefly tidak mengulas lanjut mengenai empat kes buli yang dimaksudkan itu.

“Setakat 30 September lalu, sebanyak 355 aduan pelbagai telah direkodkan. Selepas tapisan dibuat, empat (aduan berkaitan unsur buli didapati berasas dan aduan ini telah diambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa.

“Enam (aduan dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian sama ada benar-benar perbuatan buli atau tidak dan baki 345 aduan lagi merupakan aduan pelbagai berkaitan hal-hal perkhidmatan, permohonan kenaikan pangkat, pertukaran, kepincangan pengurusan, isu komunikasi dan lain-lain,” katanya melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PH-Kuala Langat) mengenai statistik kes buli melibatkan pakar, pegawai perubatan, pegawai perubatan pelatih dan paramedik yang dilaporkan serta kaedah menangani kes buli yang dilaksanakan KKM.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menegaskan Kementerian KKM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang perlakuan buli, yang mana setiap aduan dikemukakan akan diperincikan bagi menentukan kesahihannya sebagai suatu perlakuan buli bagi diambil tindakan pembetulan atau punitif.

“Selaras dapatan siasatan Pasukan Petugas Khas Bagi Menambahbaik Budaya Kerja di Kementerian Kesihatan (HWCITF) pada 2022, KKM memperbaiki mekanisme untuk menangani kes buli menerusi pelancaran sistem MyHELP.

“Sistem ini dilancarkan 1 Oktober 2022 sebagai saluran aduan utama bagi pegawai melaporkan terus kes buli kepada Unit Integriti, Ibu Pejabat KKM tanpa melalui Ketua Jabatan.

“Prosedur ini disediakan sedemikian bagi menegakkan prinsip ketelusan, kerahsiaan dan ketegasan dalam usaha KKM menangani kes buli. Mana-mana pegawai yang menjadi mangsa buli atau saksi kepada kejadian buli boleh membuat aduan tanpa halangan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Bagi petugas kesihatan yang menghadapi isu kesihatan mental termasuk buli, Dr Dzulkefly berkata KKM menyediakan pelbagai saluran bagi membantu mereka mengatasi isu terbabit.

KKM juga berharap pegawai dapat mengguna pakai sistem MyHELP sekiranya berhadapan isu buli serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sokongan dan intervensi yang disediakan di peringkat fasiliti masing-masing.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan