Tiada keperluan kerajaan gubal undang-undang baharu atasi sentimen agama

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengatasi masalah polemik agama.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy berkata, undang-undang sedia ada seperti Akta Keharmonian Negara dilihat memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

“Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata serta adil.

“Pada masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai dalam memastikan hubungan antara kaum terpelihara,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang Religious Harmony Act bagi mengatasi masalah polemik agama yang makin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, K Saraswathy berkata, diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, warna kulit, tempat lahir atau jantina.

“Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat dan didakwa, antara lain, di bawah Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] iaitu kesalahan menghasut.

“Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Dalam pada itu. K Saraswathy menegaskan, mereka yang melakukan kesalahan juga boleh didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Jelasnya, bagi yang melakukan kesalahan menyebut perkataan-perkataan atau melakukan perbuatan-perbuatan lain dengan niat sengaja hendak melukakan perasaan agama seseorang, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

“Pendakwaan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh dikenakan bagi mana-mana individu yang melakukan kesalahan menyebabkan, atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Bagaimanapun, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan atau kenyataan kebencian atau perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman, maka kementerian akan menyokong penuh hasrat tersebut,” katanya.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti