Kontrak pinjaman MARA berbeza dengan sedekah

Majlis Amanah Rakyat (MARA) tegas dan komited dalam memastikan peminjam pendidikan atau perniagaan untuk membayar semula hutang mereka yang tertangguh.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peminjam mesti bertanggungjawab membayar balik dana awam yang dipinjam lebih-lebih lagi kontrak yang mereka tandatangani adalah pinjaman.

“Ia berbeza dengan sedekah, ini adalah kontrak pinjaman. MARA mengambil pendekatan berunding dengan sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan hutang mereka.

“Setiap peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman perniagaan atau pendidikan mengikut jadual. Jika ada sebarang isu, MARA akan meminta mereka datang berunding supaya penjadualan semula dan penstrukturan semula pembayaran dapat diatur,” katanya.

Asyraf Wajdi memberi respons mengenai serbuan yang dilakukan oleh pegawai MARA ke atas sebuah rumah dipercayai milik seorang pelakon terkenal di Kota Damansara, Petaling Jaya, berikutan kegagalannya membayar pinjaman RM1 juta.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Tren SCS Class 92 Projek Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) dan Perjanjian Kolaborasi di antara M Rail Technics (Railtec) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, jelasnya, tindakan undang-undang dan prosiding mahkamah adalah jalan terakhir untuk memastikan MARA mendapatkan semula dana awam yang dipinjam bagi kegunaan peminjam akan datang.

“Ia adalah prosedur standard, peminjam ingkar, tanpa mengira siapa mereka. MARA tidak mendiskriminasi. Saya sendiri telah menerima banyak rayuan. Prinsip saya mudah, rayuan mesti mengikut proses yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, masalah itu terjadi apabila segelintir peminjam yang tidak bertanggungjawab culas dalam membayar semula dengan bersembunyi.

“Kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Ia berbeza dengan peminjam yang benar-benar tidak dapat membayar balik kerana pelbagai faktor dan peminjam yang ‘berlengah-lengah,’ bermakna mereka sengaja enggan membayar. Kadangkala, individu ini mengutamakan komitmen lain daripada membayar balik pinjaman MARA mereka.

“Saya memegang tanggungjawab ini ini wang rakyat, dan saya tidak ada kuasa untuk menghapus kira hutang… jangan sengaja enggan membayar sambil berlagak kekayaan, ini tidak adil kepada semua pihak,” tambahnya.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah