PATI sembunyi dalam semak, kawasan curam berbukit elak dicekup 

KOTA KINABALU – Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) cuba menggunakan pelbagai helah untuk melarikan diri semasa serbuan operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Sabah di dua lokasi rumah kongsi tapak pembinaan di daerah Tuaran dan Menggatal pada Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semasa serbuan terdapat warga asing yang melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak-samun. 

“Keadaan jalan berbukit dan curam ditambah dengan pelbagai helah cuba dilakukan PATI berkenaan menyukarkan pergerakan pasukan operasi serta memberi risiko keselamatan termasuk berlaku pergelutan dengan pihak berkuasa.

“Namun keadaan terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Rabu. 

Tambah beliau, pola penempatan rumah kongsi tersebut dibina secara berkelompok di atas bukit dengan keadaan tanah berlumpur.

“Kegagalan dalam menyediakan persekitaran rumah yang kondusif menjadi trend menyebabkan PATI terpaksa membina rumah dengan keadaan bersempit dan bersesak yang memuatkan keluarga yang memberi implikasi negatif kepada kehidupan sosial kanak-kanak yang berada di kawasan tersebut,” ujarnya. 

Menerusi operasi itu, katanya, seramai 197 orang PATI berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen daripada 270 orang yang diperiksa dalam operasi yang bermula kira-kira pada pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 5 pagi.

“Antara yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina seramai 49 lelaki, 54 wanita, 61 kanak-kanak lelaki dan 31 kanak-kanak perempuan.

“Manakala dua lagi lelaki adalah warganegara Indonesia dan kesemua yang ditahan berumur di antara tujuh bulan hingga 62 tahun yang keseluruhannya terdiri daripada 85 lelaki dan 112 perempuan.

“Tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar untuk siasatan dan tindakan susulan.

“Antara kesalahan yang dipercayai dilakukan adalah tiada dokumen pengenalan diri yang termasuk dibawah Seksyen 6 (1) (c) dan tinggal lebih masa Seksyen 15 (1) (c),” jelasnya.

Tambah Sh Sitti, operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“JIM mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM melaksanakan penguatkuasaan untuk tampil menyalurkan maklumat tersebut,” katanya.

Related Posts

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026