Momentum ringgit kembali kukuh

PUTRAJAYA – Ringgit terus mengekalkan momentum menaik, meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup petang tadi.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi itu didorong oleh permintaan berterusan.

“Keadaan terlebih jual yang dialami ringgit dari sudut pandang teknikal mungkin memberi dorongan kepada pelabur untuk beli.

“Susulan ketiadaan data utama di AS minggu ini, sentimen pasaran akan kekal terkawal,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6620/6690 daripada 5.6449/6506 ketika ditutup semalam, dan susut berbanding euro kepada 4.7178/7236 daripada 4.7150/7198.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8696/8733 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit domestik diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.60/7.61 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.0 daripada 282.1/282.5.

Related Posts

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK