Gred D adalah penilaian picisan, dangkal

GRED D yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terhadap prestasi dua tahun Kerajaan Madani memerintah disifatkan sebagai indikator picisan yang tidak meliputi semua aspek.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, penilaian Bersih itu tidak menggambarkan keseluruhan prestasi Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi saya itu adalah penilaian yang picisan, cetek dan dangkal, jadi tidak wajar ia menunjukkan prestasi sebenar Kerajaan Madani.

“Penilaian itu hanya melibatkan satu segmen, saya percaya jika segmen-segmen yang lain dinilai, Kerajaan Madani yang diterajui PMX ini akan mendapat gred A dan rakyat tidak akan meraguinya,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, media melaporkan Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus menerusi penilaian pertengahan penggal kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah mentadbir negara selama dua tahun.

Bersih memaklumkan, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Apa yang menghairankan, Dr Azhar berkata, tindakan para pemimpin pembangkang yang beria-ia ‘menyambut’ penilaian Bersih itu sedangkan mereka tahu pertubuhan itu bukan sebuah organisasi penilaian yang diiktiraf.

“Sejak bila Bersih ini kita guna pakai penilaian yang dia buat? Sejak bila dia jadi badan ‘survey’ dan hasilnya dijadikan gambaran sesebuah kerajaan memerintah?

“Jadi janganlah dangkal sangat, berbondong-bondong pemimpin pembangkang keluarkan kenyataan menyokong penilaian Bersih walhal mereka tahu Bersih itu pertubuhan apa.

“Amat memalukan! Adakah ini kualiti pembangkang kita? Bersih ‘lambung’ pembangkang ‘sambut’ dan mengecam kerajaan walaupun ia penilaian yang picisan sekali gus menggambarkan pembangkang sudah ketandusan modal politik nak memburukkan Kerajaan Madani,” katanya.

Dr Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menambah, penilaian Bersih itu dilihat tidak ikhlas dan hanya mahu mencipta naratif buruk terhadap kerajaan.

“Apakah Bersih ini buta, pekak dan tuli? Dia tak nampak apa yang PMX buat selama ini untuk rakyat dan negara? Rakyat tahu bagaimana gigihnya PMX bekerja siang dan malam, terbang sana, terbang sini demi untuk memajukan Malaysia.

“Bagi saya penilaian itu tidak ikhlas, ia sengaja dicipta bagi menutupi kecemerlangan PMX mentadbir negara yang kini menjadi buah mulut bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan juga di masyarakat antarabangsa.

“Sepanjang dua tahun trek rekod PMX amat membanggakan dengan mengekalkan kestabilan politikl, program dan bantuan membela rakyat, keupayaan menarik pelbagai pelabur ke dalam negara, mengukuhkan nilai ringgit dan banyak lagi.

“Tolonglah agar kita jangan jadi buta, pekak dan tuli macam pembangkang dan Bersih,” katanya.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat