Fadhli Shaari pertikai kerja Tuhan?

“ISRAEL langsung tak ada hak untuk wujud di dunia ini!”

Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Mas – pemimpin Pas yang semakin bebal dan merapu!

Kebebalan dan kemerapuannya terserlah apabila dia mempertikaikan “kerja Allah SWT” yang mewujudkan Israel di muka bumi ini.

Allahurabbi, betapa teruk dan tergamaknya dia berucap sedemikian di Parlimen baru-baru ini.

Kerana terlalu teruja mencari kesilapan Perdana Menteri (PM), sanggup dia meletakkan diri di posisi yang boleh menjejaskan akidahnya.

Ungkapan itu tadi bukan fitnah atau tuduhan rambang, sebaliknya itu suatu kenyataan.

Sesiapa pun boleh menjejak video ungkapan politikus pembangkang itu melalui media sosial.

Dia barangkali menyangka, kekebalan berucap di Parlimen terpakai kepada semua konteks.

Barangkali itu sebab dia merapu dan meroyan sehingga melampaui ‘garis merah’ – suatu tahap yang membabitkan krisis akidah.

Nampaknya, budaya politik pembangkang sudah jauh tersimpang daripada ajaran Islam.

Mempertikaikan hak kewujudan Israel di muka bumi ini samalah dengan mengecam dan tidak bersetuju dengan qada dan qadar Allah SWT.

Inikah hasil didikan Pas selama ini – atas kepentingan politik semuanya halal dituturkan?

Adakah Pas merasakan pendirian mereka lebih benar dan ketetapan Allah SWT itu perlu selari dengan kemahuan mereka?

Jika ya, adakah Pas merasakan bahawa kunci Syurga dan Neraka itu di tangan mereka?

Adakah ini satu daripada ‘mercu sikap’ yang mahu didoktrinkan Pas ke jiwa rakyat Malaysia?

Ulama Pas, apa ulasan anda sekarang?

Adakah anda semua hanya nampak keburukan kecil Kerajaan Perpaduan tetapi menyembunyikan kesilapan besar pembangkang?

Tidak mahukah anda mengatakan “boddo” kepada orang seperti Fadhli Shaari sebagaimana anda ‘membodohkan’ pemimpin Kerajaan Perpaduan sekalipun hanya atas isu yang samar-samar?

Ulama Pas, jawablah pertanyaan ini!

Rakyat sedang menunggu kelibat anda!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills