Arif Aiman kini bernilai RM2.83 juta

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi semakin menjadi perhatian apabila nilai pasarannya kini mencecah 600,000 Euro (RM2.83 juta).

Tanda harga baharu buat Arif Aiman itu dikemas kini laman transfermarkt, Jumaat lalu dan jumlah berkenaan meningkat berbanding RM2.6 juta pada Disember tahun lalu.

Peningkatan nilai pasaran pemain berusia 22 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Arif Aiman kini tersenarai sebagai pemain Malaysia kedua termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang memiliki nilai pasaran RM3.8 juta.

Nilai pasaran Arif Aiman dijangka terus melonjak lebih tinggi jika dia konsisten menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan di pentas Asia.

Malah, kelibat Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mencadangkan supaya kelab itu membeli pemain sayap terbabit.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman