Kereta terbabas, 7 PATI Myanmar berjaya diberkas polis

KUBANG PASU – Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI ) warganegara Myanmar diberkas ketika cuba masuk ke negara ini selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditahan polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, ketika kejadian unit MPV Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kubang Pasu sedang membuat rondaan sekitar daerah itu.

Katanya, mereka kemudian terserempak sebuah kereta jenis Chery warna hitam yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan susur keluar lebuh raya Malau arah selatan.

“Ketika dihampiri pemandu kenderaan terbabit bertindak memecut kenderaan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum terbabas ke bahu jalan di simpang tiga menghala Asun, Jitra,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit yang juga warga tempatan berusia 28 tahun itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan berkenaan menemui lima lelaki dan dua wanita warganegara Myanmar berusia antara 26 hingga 43 tahun.

“Kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani,” katanya.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Manusia 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah boleh di penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali atau tidak lebih dari enam sebatan,” ujarnya.

Related Posts

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18