RM2 juta peruntukan segera untuk tiga klinik daif di Johor

JOHOR BAHRU – Susulan keadaan tiga buah klinik kesihatan yang dikesan berada dalam keadaan uzur dan daif, Kerajaan Negeri Johor telah memutuskan untuk menyalurkan peruntukan segera bernilai RM2 juta khusus bagi menaik taraf fasiliti awam berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tiga buah klinik kesihatan terlibat adalah Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, KK Majidee dan KK Tebrau.

Menurut beliau, peruntukan berkenaan adalah penyelesaian jangka masa pendek membabitkan naik taraf peralatan antaranya mesin ultrasound, penyaman udara dan kerusi di ruang menunggu.

“Susulan lawatan saya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah, saya telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu klinik kesihatan yang daif, uzur dan sesak di negeri ini iaitu di Gelang Patah, Majidee, Tebrau dan KK Kulai.

“Dalam perjumpaan ini, kami membincangkan pelbagai isu dan mencadangkan penyelesaian secara berfasa untuk menangani masalah tersebut.

“Untuk penyelesaian jangka masa sederhana pula, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM1 juta bagi pemindahan perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak di KK Gelang Patah ke premis lain untuk menampung keperluan dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM1 juta turut diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kemudahan tempat letak kereta orang awam di KK Gelang Patah.

Beliau berkata, langkah penyelesaian jangka masa panjang pula melibatkan pembinaan KK Gelang Patah, KK Majidee dan juga KK Kulai yang baharu di mana terdapat tapak tanah telah dikenal pasti.

Menurutnya, kerajaan negeri yakin dengan bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan, isu klinik daif dan uzur ini dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Onn Hafiz dalam lawatan mengejutnya di KK Gelang Patah melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan keadaan klnik kesihatan tersebut yang disifatkan sangat daif.

Beliau dalam lawatan itu turut berkongsi keadaan ruang menunggu yang sesak dan sempit, selain keadaan fasiliti seperti kerusi, kipas dan penyaman udara yang usang serta rosak.

Selain itu, kemudahan parkir kenderaan yang terhad dan tidak tersusun di kawasan klinik, dan berlaku kekurangan aset seperti mesin ultrasound dan komputer.

Related Posts

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

TAWAU – Seramai 23 mangsa yang terperangkap akibat banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15 dan Kampung Terasing Batu 17 berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI